Bahagian pendahuluan rencana ini mungkin perlu ditulis semula. (Ogos 2017) |
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Ogos 2017) |
Buku ini berkisar tentang seorang pelajar lelaki yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, serta kehidupannya sebagai remaja pada zaman ledakan IT yang penuh dengan pancaroba yang mampu menggugat nilai-nilai ketimuran dalam masyarakat glokal. Kisah ini dikupaskan lagi dengan penglibatan Nazhrin dalam usaha mencegah budaya negatif di sekolahnya. Nazhrin dan anggota kumpulan Saka Maya telah mewujudkan suatu gerakan menentang budaya kuning dan fahaman ekstrimisme yang semakin menular. Klimaks cerita berlaku apabila Militia IS menangkap Nazhrin kerana menghalang inisiatif rekrut mereka. Nazhrin akhirnya berjaya mengetuai sebuah revolusi di Timur Tengah bermula dengan anggota IS sendiri. Pengikut Nazhrin akhirnya berjaya merampas kuasa dari Militia IS. Akhirnya, Nazhrin diiktiraf sebagai Presiden pertama UNYD (United Nation's Youth Delegates).