- Ini adalah laman nyahkekaburan, khusus bagi penjelasan umum dan menyeluruh tentang entiti Ampang di Selangor dan Kuala Lumpur.
Ampang ialah nama mukim di Malaysia yang telah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ke dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan selebihnya dikekalkan dalam negeri Selangor.
Pentadbiran
Pada awalnya ia merupakan salah sebuah mukim di Selangor, kawasan ini kemudiannya dibahagikan ekoran pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974. Perbandaran asal Ampang terletak dalam bahagian Wilayah Persekutuan dan menjadi pinggiran bandara timur Kuala Lumpur. Kawasan tersebut kini dibahagikan kepada dua:
- Ampang, Selangor, yang kemudiannya dijenamakan sebagai Ampang Jaya.
- Ampang, Kuala Lumpur, yang turut juga dikenali dengan Ampang Hilir.
Sejarah
Ampang berasal dari perkataan "ampangan" bermaksud kawasan bekas lombong. Ketika era penjajahan British dan pasca merdeka, Ampang pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor. Kerja-kerja pencarian dan perlombongan bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru. Ampang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini.
Asal-usul nama Ampang
Menurut sejarah, Ampang merupakan pekan melombong bijih timah semasa penjajahan British dan pasca-merdeka. Sejarahnya berkait rapat dengan sejarah Kuala Lumpur. Pada tahun 1857, Raja Abdullah, wakil Kesultanan Selangor, membuka Lembah Klang bagi pencari gali bijih timah. Seramai 87 orang pencari gali berbangsa Cina pergi ke Sungai Klang dan mula mencari gali di kawasan Ampang yang pada masa itu hutan. Meskipun 69 orang daripada mereka meninggal dunia akibat wabak penyakit, sebuah lombong bijih timah yang berkembang maju dapat didirikan. Sebuah empangan dibina dari Bukit Belacan ke kawasan bandar Ampang untuk kerja-kerja melombong bijih timah. Perkataan ‘Ampang’ datang daripada perkataan 'Empangan' tetapi, kerana pelat, disebut 'Ampangan' oleh pencari gali Cina.[1]
Keluasan
Mukim Ampang merupakan mukim terkecil dalam Daerah Hulu Langat. Keluasannya ialah 3,859 hektar. Terdapat bebrapa kampung dalam Mukim Ampang, di antaranya ialah: -
- Kampung Melayu Ampang
- Kampung Tasik Permai
- Kampung Tasik Tambahan
- Kampung Ampang Campuran
- Kampung Ampang Indah
- Kampung Pandan
- Kampung Cheras Baru
- Kampung Lembah Jaya Selatan
- Kampung Dato' Mufti
- Kampung Bukit Sungai Putih
- Kampung Sri Taman Baru
Ampang Pra Merdeka
Raja Abdullah merupakan Raja pertama Daerah Kelang telah membuka lombong bijih timah di Ampang, Kuala Lumpur. Raja Abdullah telah membawa seramai 87 orang pekerja Cina dari Lukut dan tinggal di Sungai Klang. Semasa beliau dan pengikut-pengikutnya sampai ke persimpangan Sungai Klang dengan Sungai Gombak beliau telah menamakan tempat tersebut sebagai ‘Lumpor’.
Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua iaitu zaman peralihan antara kekalahan dan pemerintahan semula kerajaan British, Tanah Melayu ketika itu telah dikuasai oleh pengganas komunis atau dipanggil Bintang Tiga (tempoh empat belas hari komunis memerintah Malaya). Berikutan dengan pemerintahan ini, Bukit Belacan yang terletak di kawasan Ampang telah dijadikan tempat memancung kepala pengikut tentera Jepun oleh pihak komunis.
Ketika peristiwa 13 Mei yang berlaku pada 1969, Ampang tidak terlibat dalam sebarang pertelingkahan, pergaduhan atau pertumpahan darah disebabkan kawalan ketat yang disusun oleh pihak kerajaan pada masa itu serta kebijaksanaan para pemimpin masyarakat menjaga sentimen masyarakat Melayu dan Cina.
Selepas itu, mulalah aktiviti pertanian kecil, di mana sayur-sayuran ditanam dan binatang ternakan mula kelihatan di kiri kanan jalan di sekitar Ampang. Perpindahan penduduk dari luar bandar ke sini menjadikan Ampang semakin berkembang dengan pertambahan kawasan perumahan dan pusat perniagaan.Ampang juga merupakan salah satu tanah takluk jajahan kepada Kerajaan Sultan Selangor.
Perhubungan
| Kod | Nama Stesen / Lebuhraya | |
|---|---|---|
| 3 Laluan Ampang | AG18 | Stesen LRT Ampang |
| AG17 | Stesen LRT Cahaya | |
| AG16 | Stesen LRT Cempaka | |
| AG15 | Stesen LRT Pandan Indah | |
| AG14 | Stesen LRT Pandan Jaya | |
| 5 Laluan Kelana Jaya | KJ05 | Stesen LRT Setiawangsa |
| KJ06 | Stesen LRT Jelatek |
Laluan Bas [1]
| Kod | Laluan |
|---|---|
| 300 | Pandan Mewah - AG18 LRT Ampang - KLCC - Lebuh Ampang |
| 303 | Taman Mulia Jaya - AG18 LRT Ampang - KLCC - Lebuh Ampang |
| T300 | Bukit Indah - Jalan Rasmi - Ampang Point |
| T301 | Taman Mulia Jaya - Jalan Merdeka - AG18 LRT Ampang - Ampang Point |
| T302 | Hutan Lipur Ampang - AG18 LRT Ampang - Ampang Point |
| T303 | AG15 LRT Pandan Indah - Ampang Point |
| T304 | Bukit Indah - AG18 LRT Ampang - Ampang Point |
| T305 | Ampang Waterfront - Sri Nilam - KG24 Taman Midah |
| T350 | AG16 LRT Cempaka - Taman Mawar |
| T351 | AG16 LRT Cempaka - Taman Bukit Permai |
Lebuhraya
| Kod | Nama Lebuhraya | Laluan Lebuhraya |
|---|---|---|
| Lebuhraya Sungai Besi Tambahan (BESRAYA) | Sungai Besi - MRR2 (Pandan Jaya) Shamelin - Pandan Indah | |
| Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) | Ampang - Kuala Lumpur | |
| Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) | Sungai Besi, | |
| Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) (Dalam Pembinaan) |
Kajang, | |
| Lebuhraya KL Node (Dalam Perancangan) |
Ulu Klang - Taman Rimba Templer | |
| Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) | Jalan Duta, | |
| Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) | Bandar Sri Damansara - Sri Petaling, |








