Ameer Ali Mydin Mohamed | |
---|---|
أمير علي مايدن | |
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd | |
Menyandang jawatan 1984 | |
Didahului oleh | Mengambil alih pengembangan perniagaan dari warisan keluarga (ditubuhkan 1957) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ameer Ali bin Mydin Mohamed 4 Jun 1956 Pulau Pinang, Malaysia |
Tempat belajar | Universiti Western Michigan Sarjana Muda Kepujian Kimia) Sonoma State University (Sarjana Perniagaan Antarabangsa) |
Pekerjaan | Ahli perniagaan |
Datuk Wira Haji Ameer Ali bin Mydin Mohamed merupakan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, sebuah rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar di Malaysia, dilahirkan di Pulau Pinang pada 4 Jun 1956 dan dibesarkan di Kota Bahru, Kelantan. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kimia Universiti Western Michigan, AS (1979). Beliau juga menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Sonoma State pada tahun 1981.Beliau membina kerjaya sebagai pegawai perbankan di Bank Arab Malaysian Merchant selama 8 tahun sebelum membuat keputusan meneruskan cita-citanya membina legasi perniagaan. Dengan usaha keras dan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin kini mengangkat legasi yang dibina Allahyarham bapanya Tuan Mydin Mohamed. MYDIN kini mempunyai 68 buah cawangan di seluruh negara.