Ambika Mod | |
---|---|
Kelahiran | Ambika Bhakti Mod 2 Oktober 1995 Hatfield, Hertfordshire, England |
Pusat pendidikan | St Mary's College, Durham (Sarjana Muda Sastera) |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penulis |
Tahun aktif | 2019–kini |
Ambika Bhakti Mod (/ˈʌmbɪkə ˈbʌkti ˈmoʊd/; lahir pada 2 Oktober 1995)[1][2] adalah seorang pelakon, pelawak, dan penulis dari United Kingdom. Beliau mula dikenali melalui wataknya dalam drama bersiri BBC iaitu This Is Going to Hurt (2022) dan siri pendek Netflix, One Day (2024).
Kehidupan awal dan pendidikan
Beliau dibesarkan di Potters Bar, Hertfordshire[3] melalui sebuah keluarga yang berhijrah dari India; ibunya tiba di UK dari kecil manakala bapanya sewaktu berusia 20-an.[4] Dari sudut pendidikan, beliau mula bersekolah di Dame Alice Owen's School[5] serta menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam Pengajian Inggeris dari St Mary's College, Durham.[6]
Sewaktu awal kerjayanya, beliau telah bekerja sebagai pembantu peribadi di Condé Nast pada waktu pagi serta diakhiri dengan persembahan komedi di waktu malam.[4][7] Minat yang mendalam dalam bidang lakonan telah mendorong beliau untuk mengikuti sebuah kelas di Theatrix Performing Arts of St Albans yang terletak di Abbey Theatre. Di St. Mary's College, beliau telah menjadi presiden bagi kumpulan aneka ragam serta mengadakan persembahan bersama-sama[8] Tom Harper pada Edinburgh Fringe Festival 2015.[9] Selain itu, beliau turut menubuhkan sebuah kumpulan duo dengan Andrew Shires yang dinamakan sebagai Megan from HR.[10][11] Sehingga kini, beliau turut kerap mengadakan persembahan di teater komedi improvisasi, The Free Association, London.[12]
Rujukan
- ^ "Ambika Mod: Character of Shruti in BBC's This Is Going To Hurt is important". Barry And District News (dalam bahasa Inggeris). 11 Februari 2022. Dicapai pada 15 Mac 2022.
- ^ Ambika Mod and Leo Woodall From One Day Take The BFF Test Test (dalam bahasa Inggeris), 8 Februari 2024, dicapai pada 9 Februari 2024
- ^ "Stage Awards Semi-Finalists 2020". Women Funny Awards. Dicapai pada 11 Februari 2022.
- ^ a b Mulkerrins, Jane (5 Mac 2022). "This Is Going to Hurt's Ambika Mod: 'I have really bad anxiety'". The Sunday Times. Dicapai pada 9 Mac 2022.
- ^ "Old Owenian performs at the Fringe!" (PDF). Old Owenians Newsletter: 8. 15 Disember 2015. Dicapai pada 11 Februari 2022.
- ^ "Catching up with Ambika Mod". DST First Night. 2021. Dicapai pada 11 Februari 2022.
- ^ Healy, Rachael (22 Februari 2022). "This Is Going to Hurt's Ambika Mod: 'Whenever I did a caesarean I was buzzing!'". The Guardian. Dicapai pada 9 Mac 2022.
- ^ Wall, Natalie (4 Mac 2016). "The Durham Revue's Ambika Mod!". Her Campus. Dicapai pada 11 Februari 2022.
- ^ "Durham Revue team up with Cambridge Footlights for 'ComedyFest!". Durham University. 10 Februari 2022. Dicapai pada 11 Februari 2022.
- ^ Brown, Keira (25 Ogos 2019). "Ambika Mod: Within this main narrative we weave in and out of tight, witty sketches which range from observational to a bit more absurd". The Fountain. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2022. Dicapai pada 11 Februari 2022.
- ^ Iftikhar, Asyia (9 Februari 2022). "Ambika Mod Is "Pretty Confident" She Could Do A C-Section IRL". Bustle. Dicapai pada 11 Februari 2022.
- ^ "Harold Night". 3 Mei 2019. Dicapai pada 31 Mac 2022.[pautan mati kekal]