AkashA ialah sebuah kumpulan muzik fusion/rock Malaysia yang menggabungkan unsur muzik Melayu, India, Cina dan Barat.[1]
Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2008 apabila beberapa bekas ahli kumpulan fusion Prana dan Inner Space berkumpul untuk Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia di Sarawak.[2]
Ahli terasnya terdiri daripada Jamie Wilson (gitar), Kumar Karthigesu (sitar), Eric Li (papan kekunci), Greg Henderson (bass), Vick Ramakrishnan (tabla), Sivabalan Shanmuga Sundram (mridangam) dan Badar Fawzi Ben Taleb (perkusi).[3]
Mengambil pengaruh daripada kumpulan Shakti pada era 1970-an, AkashA telah mengeluarkan dua album, iaitu Into… AkashA (2009) dan Karakoram Highway (2011).[4]
Antara karya terkenalnya ialah Bourbon Lassi, Ants In My Turban, Esperanto, Brickfields Blues, Chasing The Camel dan Ipoh Hor Fun.[5] Kebanyakan lagu mereka ditulis oleh Jamie Wilson.[6]
Sepanjang kerjaya mereka, AkashA telah membuat persembahan di lebih daripada 200 konsert dan festival di seluruh dunia.[7]
Rujukan
- ^ "Kumar Karthigesu - About". Sitar Kumar. Dicapai pada 2025-01-09.
- ^ "#Showbiz: Fab space for AkashA". New Straits Times. 2022-09-01. Dicapai pada 2025-01-09.
- ^ "The spirit of improvisation is alive with world music band AkashA". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-10. Dicapai pada 2025-01-09.
- ^ Selvaraj, Sharyl Priyanka (2022-07-24). "Spreading the gospel of Sitar". Malaysiakini. Dicapai pada 2025-01-09.
- ^ "Akasha to serve up great fusion vibes". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2009-03-20. Dicapai pada 2025-01-09.
- ^ "AkashA's 'Karakoram Highway' album launch". BFM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-09.
- ^ Romero, Angel (2017-01-01). "Artist Profiles: AkashA". World Music Central (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-09.








