Aiskhilos Aeschylus | |
---|---|
Nama asal | Αἰσχύλος |
Lahir | s. 525 SM Eleusis, Yunani |
Meninggal dunia | s. 456 SM Gela, Sicily, Itali |
Pekerjaan | Penulis drama; askar |
Warganegara | Yunani |
Tempoh | Yunani Kuno |
Genre | Tragedi |
Subjek | Kehidupan dan sejarah Yunani |
Anugerah | Menang di Perayaan Dionysia sebanyak 13 kali. |
Anak | Euphorion dan Euæon |
Ibubapa | Euphorion (bapa) |
Saudara |
|
Aiskhilos (Yunani: Αἰσχύλος , Aiskhýlos) atau Aeschylus (525 SM– 456 SM) merupakan seorang penyair dan penulis Yunani Purba. Beliau pernah menulis 70–90 drama[1][2] dan sering dianggap bapa drama tragedi.[3][4] Hanya enam daripada semua tragedi beliau yang masih wujud lengkap. Aiskhilos adalah yang terawal daripada tiga penulis tragedi Yunani terbesar. Yang dua lagi ialah Sophokles dan Euripides.[1][5]
Aristoteles menyatakan bahawa Aiskhilos telah meluaskan bilangan watak dalam drama. Watak-wataknya bercakap dengan satu sama lain dan berbanding sebelum itu apabila watak hanya berinteraksi dengan korus. Ini memudahkan drama dihasilkan antara watak-watak.
Salah satu dramanya, Orang Parsi, adalah tentang Parsi menyerang Yunani. Aiskhilos pernah bertempur dalam perang ini. Orang yang mengkaji sejarah Yunani menggunakan pementasan beliau sebagai sumber maklumat yang penting. Peperangan itu sangat penting kepada orang Yunani dan Aiskhilos, sehingga tulisan di kubur beliau hanya bercakap tentang peranan beliau dalam kemenangan Yunani di Pertempuran Marathon. Tiada apa-apa tentang drama yang ditulisnya.
Awal hidup
Aiskhilos dilahirkan sekitar tahun 525 SM di sebuah bandar kecil bernama Eleusis, kira-kira 27 kilometer barat laut Athens.[6] Tarikh ini diperoleh dengan mengira empat puluh tahun dari kemenangan pertamanya di Temasya Perayaan Dionysia. Keluarganya kaya, dan bapanya, Euphorion, ialah ahli Eupatridae, bangsawan kuno Attika.[7] Pausanias menulis bahawa Aiskhilos dahulu bekerja di ladang anggur sehingga dewa Dionysus melawatnya dalam mimpi. Dewa itu memerintahkannya untuk menulis drama-drama tragedi pertama.[7] Pementasan pertamanya dipersembahkan pada 499 SM, ketika dia baru berumur 26 tahun.[6][7]
Perang Yunani-Parsi
Pada 490 SM, tentera Parsi dipimpin oleh Darius mendarat dan cuba menawan Yunani. Aiskhilos, dan saudaranya Cynegeirus, menyertai tentera dari Athens dan berperang melawan Parsi dalam Pertempuran Marathon.[6] Orang Athens berjaya mengalahkan tentera Parsi yang jauh lebih besar. Pertempuran ini, yang telah menghentikan Darius, disambut di seua negara kota Yunani. Cynegeirus mati dalam pertempuran itu.[6] Pada 480 SM, Xerxes I dari Parsi cuba menawan Yunani. Aiskhilos berperang menentang mereka dalam Pertempuran Salamis dan Pertempuran Plataea pada tahun 479 SM.[6] Drama tertua beliau yang masih ada ialah Orang Parsi, yang dipersembahkan pada tahun 472 SM, berlatarkan Pertempuran Salamis. Drama ini memenangi hadiah pertama di Perayaan Dionysia.[8]
Misteri Eleusis
Aiskhilos adalah antara ramai orang Yunani yang menyertai Misteri Eleusis. Ini ialah kumpulan pemuja Demeter, dan berpusat di bandar kampung halamannya di Eleusis.[9] Ahli kumpulan ini mempelajari ilmu mistik dan rahsia. Ahli-ahlinya telah bersumpah dengan hukuman mati tidak akan mengatakan apa-apa tentang kumpulan Misteri itu kepada sesiapa. Aristotle menulis bahawa sesetengah orang berpendapat bahawa Aiskhilos pernah mendedahkan beberapa rahsia kumpulan pemuja itu di atas pentas.[10] Penulis lain berkata bahawa sebuah kumpulan rusuhan pernah cuba membunuh Aiskhilos, tetapi beliau dapat melarikan diri. Kemudian, Aiskhilos berkata beliau tidak tahu telah menunjukkan apa-apa rahsia. Beliau terselamat daripada hukuman mati hanya kerana beliau pernah berkhidmat dalam Perang Yunani-Parsi.
Hujung hidup
Aiskhilos melawat Sicily dua kali pada 470-an SM. Beliau dijemput oleh Hieron, pemerintah berkuku besi Syracuse, sebuah bandar besar Yunani di sebelah timur pulau itu. Dalam salah satu perjalanan ini beliau menulis Kaum Wanita Aetna, sebagai penghormatan kepada kota yang diasaskan oleh Hieron. Beliau juga menganjurkan semula pementasan Orang Parsi beliau.[6] Pada tahun 473 SM, Aiskhilos menjadi kesukaan di Dionysia, memenangi hadiah pertama dalam hampir setiap pertandingan.[6] Pada 458 SM, beliau kembali ke Sicily untuk kali terakhir, melawat kota Gela di mana beliau meninggal dunia pada tahun 456 atau 455 SM. Ada yang mengatakan beliau mati kerana kura-kura yang dijatuhkan seekor dari langit. Kisah ini mungkin hanya legenda.[11] Karya Aiskhilos sangat dihormati oleh orang Athens sehingga selepas kematian beliau, tragedinya adalah satu-satunya tragedi yang dibenarkan untuk ditayangkan semula dalam mana-mana pertandingan.[6] Anak lelakinya Euphorion dan Euæon, dan anak saudaranya Philocles, semuanya penulis drama juga.[6]
Inskripsi pada batu nisan Aiskhilos tidak menyebut tentang kemasyhuran teaternya, hanya memperingati pencapaian ketenteraannya:
Αἰσχύλον Εὐφορίωνος Ἀθηναῖον τόδε κεύθει
μνῆμα καταφθίμενον πυροφόροιο Γέλας·
ἀλκὴν δ' εὐδόκιμον Μαραθώνιον ἄλσος ἂν εἴποι
καὶ βαθυχαιτήεις Μῆδος ἐπιστάμενος
Di bawah batu ini terletak Aiskhilos, anak Euphorion, orang Athens,
yang maut di negeri bergandum Gela;
tentang kehebatannya yang mulia, hutan Marathon boleh perkatakan,
dan orang Parsi berambut panjang mengetahuinya dengan baik.— Anthologiae Graecae Appendix, jil. 3, Epigramma sepulcrale. m/s. 17.
Drama
Drama Yunani bermula dengan perayaan untuk dewa-dewa, terutamanya Dionysus, dewa wain.[12] Semasa hayat Aiskhilos, pertandingan drama menjadi sebahagian daripada Perayaan Dionysia bandar pada musim bunga.[12] Perayaan ini bermula dengan perarakan pembuka, kemudian pertandingan kanak-kanak lelaki menyanyi ditirambi, dan akhirnya dua pertandingan drama.[13] Pertandingan pertama adalah untuk tiga penulis drama yang masing-masing mempersembahkan tiga drama tragedi, diikuti dengan komedi yang lebih pendek.[14] Kemudian pertandingan antara lima penulis drama komedi, dan pemenang kedua-dua pertandingan dipilih oleh sekumpulan hakim.[15]
Aiskhilos mengambil bahagian dalam banyak pertandingan ini sepanjang hayatnya. Hanya enam tragedi masih terpelihara dan lengkap: Orang Parsi, Tujuh Menentang Thebai, Pembekal, dan trilogi yang dikenali sebagai Oresteia, terdiri daripada tiga tragedi Agamemnon, Pembawa Air Persembahan dan Eumenides. Terdapat juga drama Prometheus Dibelenggu, tetapi ini mungkin ditulis oleh orang lain. Semua drama yang masih terpelihara memenangi hadiah pertama di kota Dionysia. Satu buku, Hidup Aiskhilos, mengatakan bahawa beliau memenangi hadiah pertama di kota Dionysia sebanyak 13 kali. Sophokles menang 18 kali daripada 120 pementasannya, dan Euripides hanya mendapat lima kemenangan daripada kira-kira 90 permainan.
- Orang Parsi (Persai) (472 SM)
- Tujuh Menentang Thebai (Hepta epi Thebas) (467 SM)
- Para Pembekal (Hiketides) (463 SM?)
- Oresteia siri dengan tiga drama (458 SM)
- Agamemnon
- Pembawa Air Persembahan (Khoephoroi)
- Eumenides
Drama yang hilang
Bagi drama-drama Aiskhilos yang lain, hanya judul dan sebahagian-sebahagian sahaja yang diketahui. Terdapat bahan yang mencukupi (bersama-sama dengan ulasan yang dibuat oleh pengarang dan sarjana terkemudian) untuk menghasilkan sinopsis kasar untuk beberapa drama.
Myrmidon
Drama ini berdasarkan buku 9 dan 16 Iliad. Akhilleus duduk dengan kemarahan senyap selepas dihina oleh Agamemnon sepanjang drama.[Penjelasan diperlukan] Utusan tentera Yunani cuba mendamaikan Akhilleus dengan Agamemnon, tetapi dia hanya menyerah kepada Patroclus, yang kemudiannya memerangi tentera Troia dengan perisai Akhilleus. Keberanian dan kematian Patroclus dilaporkan dalam ucapan seorang utusan, yang berakhir dengan perkabungan.[16]
Nereides
Drama ini berdasarkan buku 18 dan 19 dan 22 Iliad. Ia menceritakan Puteri-Puteri Nereus, dewa laut, yang meratapi kematian Patroclus. Seorang utusan memberitahu bagaimana Akhilleus (mungkin setelah berdamai dengan Agamemnon dan orang Yunani) membunuh Hector.[16]
Orang Phrygia atau Tebusan Hector
Selepas berbincang sekejap dengan Hermes, Akhilleus duduk berkabung senyap-senyap atas kematian Patroclus. Hermes kemudiannya membawa masuk Raja Priam dari Troia, yang memenangi hati Akhilleus dan menebus mayat anaknya dengan menawarkan banyak emas. Penimbang dibawa ke atas pentas dan mayat Hector diletakkan dalam satu dacing dan emas pada dacing yang lagi satu. Korus orang Troia, yang datang bersama Priam, menari dengan penuh semangat, seperti yang disebutkan oleh Aristophanes.[16]
Niobe
Anak-anak Niobe, protagonis wanita, telah dibunuh oleh Apollo dan Artemis kerana Niobe bongkak bahawa dia mempunyai lebih banyak anak daripada ibu mereka, Leto. Niobe berkabung senyap-senyap di atas pentas sepanjang drama. Dalam Republik, Plato memetik baris "Tuhan menanam kesalahan pada manusia apabila dia mahu menghancurkan habis sebuah rumah tangga."[16]
Berikut ialah 71 lagi drama yang dianggap adalah milik Aiskhilos:[perlu rujukan]
- Alcmene
- Amymone
- Pemanah-Pemanah Perempuan
- Wanita-Wanita Argive
- Argo, juga bertajuk Para Pendayung
- Atalanta
- Athamas
- Penolong-Penolong Dewan Pengantin
- Anugerah Senjata
- Bacchae
- Bassarae
- Pengumpul-Pengumpul Tulang
- Cabeiroi
- Callisto
- Orang Caria, juga bertajuk Europa
- Cercyon
- Anak-anak Hercules
- Circe
- Wanita-Wanita Crete
- Cycnus
- Danaides
- Anak-Anak Perempuan Helios
- Anak-Anak Perempuan Phorcys
- Keturunan
- Orang Edonia
- Orang Mesir
- Para Pengiring
- Glaucus dari Pontus
- Glaucus dari Potniae
- Hypsipyle
- Iphigenia
- Ixion
- Laius
- Wanita-Wanita Lemnos
- Sang Singa
- Lycurgus
- Memnon
- Lelaki-Lelaki Eleusis
- Para Utusan
- Myrmidon
- Mysianes
- Nemea
- Penghela-Penghela Jala
- Para Jururawat Dionysus
- Orethyia
- Palamedes
- Penelope
- Pentheus
- Perrhaibides
- Philoctetes
- Phineus
- Wanita-Wanita Phrygia
- Polydectes
- Pendeta-Pendeta Perempuan
- Prometheus Si Pembawa Api
- Prometheus Si Penyala Api
- Prometheus Tidak Terikat
- Proteus
- Semele, juga bertajuk Para Pembawa Air
- Sisyphus Si Pelarian
- Sisyphus Si Pengguling Batu
- Para Penonton, juga bertajuk Atlet-Atlet Sukan Isthmus
- Sang Sfinks
- Para Pengangkat Semangat
- Telephus
- Wanita-Wanita Thrake
- Timbangan Jiwa
- Kaum Wanita Aetna (dua versi)
- Kaum Wanita Salamis
- Xantriae
- Pemuda-Pemuda
Pengaruh kepada drama dan budaya Yunani
Ketika Aiskhilos mula menulis drama, teater masih baru. Beberapa penulis drama seperti Thespis telah menjadikan barisan pelakon lebih besar untuk memasukkan seorang pelakon yang boleh bercakap dengan korus, bukannya korus sahaja.[2] Aiskhilos menambahkan pelakon kedua, dipanggil deuteragonis yang membenarkan lebih banyak drama; dan korus menjadi kurang penting.[2] Beliau dikatakan adalah orang pertama yang menggunakan skenografia, atau hiasan pemandangan,[14] namun Aristotles berkata orang pertama ialah Sophokles. Aiskhilos juga menambahkan lebih banyak detail pada kostum, dan menyuruh pelakonnya memakai kasut but tinggi, dipanggil kothurni, untuk membantu penonton nampak mereka dengan lebih jelas. Apabila mereka berjalan di atas pentas dalam persembahan pertama Eumenides, korus para Furies sangat menakutkan rupanya sehingga kanak-kanak pengsan, lelaki tua terkucil, dan wanita hamil terbersalin.[15]
Drama beliau ditulis dalam gaya ketat drama Yunani. Ia menggunakan pantun dan tiada keganasan boleh ditunjukkan di atas pentas. Drama-drama itu mesti bukan tentang kehidupan biasa di Athens, sama ada dengan menceritakan kisah-kisah tentang para dewa atau dengan berlatarbelakangkan, seperti Orang Parsi, di negeri yang jauh.[17] Karya Aiskhilos banyak menekan akhlak dan agama.[17] Drama Oresteia pula mengenai kedudukan manusia di alam semesta dan hubungannya dengan para dewa, hukum-hukum tuhan, dan hukuman daripada dewata.[18]
Lima puluh tahun selepas kematian Aiskhilos, penulis drama komedi Aristophanes memujinya dalam Katak-Katak. Aiskhilos ialah watak dalam drama itu dan mengatakan bahawa Tujuh Menentang Thebai "membuat semua orang yang menontonnya suka berperang" (baris 1022); dengan Orang Parsi beliau, katanya Aikhilos "mengajar orang Athens untuk sentiasa berhasrat untuk mengalahkan musuh mereka" (baris 1026–7). Beliau mengatakan bahawa drama-dramanya membantu orang Athens menjadi berani dan bernilai murni (baris 1039ff).
Rujukan
- ^ a b Freeman 1999
- ^ a b c Pomeroy 1999
- ^ Freeman 1999, halaman 243
- ^ Schlegel, August Wilhelm von (December 2004). Lectures on Dramatic Art and Literature. m/s. 121.
- ^ Schlegel, August Wilhelm von. Lectures on dramatic art and literature. m/s. 121.
- ^ a b c d e f g h i Sommerstein 1996, halaman 33
- ^ a b c Bates 1906, halaman 53–59
- ^ Sommerstein 1996, halaman 34
- ^ Martin 2000, § 10.1
- ^ Nicomachean Ethics 1111a8–10.
- ^ See (e.g.) Lefkowitz 1981, 67ff. Cf. Sommerstein 2002, 33, who does not tell this story when giving a biographical sketch of the poet.
- ^ a b Freeman 1999, halaman 241
- ^ Freeman 1999, halaman 242
- ^ a b Freeman 1999, halaman 242
- ^ a b Freeman 1999, halaman 242
- ^ a b c d Kopff 1997 hlm. 1–472
- ^ a b Pomeroy 1999, halaman 223
- ^ Pomeroy 1999, halaman 224–225
Bibliografi
- Bates, Alfred (1906). "The Drama: Its History, Literature, and Influence on Civilization, Vol. 1". London: Historical Publishing Company. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - Freeman, Charles (1999). The Greek Achievement: the foundation of the Western World. New York City: Viking Press. ISBN 0-670-88515-0..
- Martin, Thomas (2000). Ancient Greece: from prehistoric to Hellenistic times. Yale University Press. ISBN 9780300069563..
- Pomeroy, Sarah B. (1999). Ancient Greece: a political, social, and cultural history. New York City: Oxford University Press. ISBN 0-19-509743-2..
- Sommerstein, Alan H. (1996). Aeschylean Tragedy. Bari..
- —(2002). Greek Drama and Dramatists. London: Routledge Press. ISBN 0-415-26027-2ISBN 0-415-26027-2
- Æschylus. Aeschylus I: Oresteia. Transl. Richmond Lattimore. 8th ed, Chicago, IL: The University of Chicago Press, 1960. 1-31.
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Aiskhilos di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Sumber perpustakaan |
---|
Tentang Aeschylus |
By Aeschylus |
- Karya-karya oleh Aiskhilos di Projek Gutenberg
- Karya-karya oleh Aeschylus (translated by George Gilbert Aimé) di Faded Page (Kanada)
- Karya oleh atau tentang Aiskhilos di Internet Archive
- Karya oleh Aiskhilos di LibriVox (buku audio domain awam)
- Puisi Pilihan Aiskhilos
- Bahan berkaitan Aiskhilos di Perpustakaan Digital Perseus
- Gambar rajah sintaks lengkap di Alpheios
- Terjemahan Bahasa Inggeris Dalam Talian Aiskhilos
- Foto serpihan Penghela-Penghela Jala
- Crane, Gregory. "Aeschylus (4)". Perseus Encyclopedia.
- "Aiskhilos, I: Orang Parsi" daripada Perpustakaan Klasik Loeb, Harvard University Press
- "Aiskhilos, II: Oresteia" daripada Perpustakaan Klasik Loeb, Harvard University Press
- "Aiskhilos, III: Serpihan" daripada Perpustakaan Klasik Loeb, Harvard University Press
- Rencana Wikipedia yang memerlukan penjelasan dari October 2020
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari October 2022
- Articles with Project Gutenberg links
- Rencana dengan pautan LibriVox
- Rencana dengan pengenalan BNC
- Rencana dengan pengenalan RISM yang rosak
- AC dengan 34 elemen
- Kematian 456 SM
- Kelahiran 525 SM
- Penulis Yunani Kuno