Ahmed al-Ghamdi | |
---|---|
Kelahiran | Ahmed al-Ghamdi (dalam bahasa Arab: احمد الغامدي) 2 Julai 1979 |
Meninggal dunia | 11 September 2001 | (umur 22)
Saudara | Hamza al-Ghamdi (adik) |
Ahmed Salah Said al-Ghamdi (Arab: احمد صلاة سعيد الغامدي , Aḥmad Ṣalāt Sa‘īd al-Ghāmdī) (2 Julai 1979[1] – 11 September 2001) ialah salah satu daripada lima perampas Penerbangan 175 United Airlines dalam serangan 11 September 2001.[2]
Ghamdi lahir di Arab Saudi pada tahun 1979. Beliau meninggalkan persekolahan untuk berjuang di Chechnya dan mungkin dihantar ke kem latihan Al-Qaeda di Afghanistan di mana dia dipilih oleh Osama bin Laden untuk menyertai serangan pengganas di Amerika Syarikat bersama adiknya, Hamza.
Adik-beradik al-Ghamdi tiba di AS pada Mei 2001 dengan visa pelancong. Setibanya di situ, Ahmed membantu merancang pelaksanaan serangan. Pada 11 September 2001, Ahmed dan Hamza menaiki Penerbangan 175 lalu merampas kapal terbang itu supaya Marwan al-Shehhi boleh menghempaskannya ke dalam Menara Selatan World Trade Center.
Rujukan
- ^ http://www.globalsecurity.org/security/profiles/ahmed_al-ghamdi.htm
- ^ Unless otherwise sourced, statements in this article come primarily from the 9/11 Commission Report.
National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States (Ben-Veniste, Richard; Fielding, Fred F.; Gorelick, Jamie;Gorton, Slade; Hamilton, Lee H.; Kean, Thomas; Kerrey, Bob; Lehman, John F.; Roemer, Timothy J.; Thompson, James R.) (2004). The 9/11 Commission Report: Final Report of the National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States. W.W. Norton & Company. ISBN 0-393-32671-3, also availableonline