Fadzli Aziz | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Fadzli bin Ab Aziz 9 Februari 1984 |
Nama lain | Fadzli Aziz, Fadzli UNIC, Pali |
Pekerjaan | Penyanyi, Pengacara, Penceramah, Motivator |
Tahun aktif | 2004–kini |
Terkenal kerana | UNIC |
Pasangan | Fatin Hanani Sulaiman (k. 2008) |
Anak-anak | Adam El-Farees Sofiyyah El-Farafiesya Naeyla El-Farafiesya |
Ahmad Fadzli bin Ab Aziz yang lebih dikenali sebagai Fadzli Aziz atau dahulunya Fadzli UNIC telah dilahirkan pada 9 Februari 1984. Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mula dikenali ramai apabila menganggotai salah sebuah kumpulan nasyid terkenal di Malaysia iaitu UNIC pada tahun 2004 sebelum mengundurkan diri pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama.[1]
Perjalanan Karier
Setelah tamat persekolahan, Fadzli yang kemudiannya menyambung pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang kaunseling pernah melalui sesi ujibakat dengan syarikat rakaman Hijjaz Records ketika bersama kumpulannya iaitu Allwise. Allwise ketika itu hampir diserap sebagai artis rakaman Hijjaz Records, namun impian tersebut tidak menjadi kenyataan. Namun, Fadzli ketika itu kerap berhubung dengan Hijjaz Records dan sering menjadi anggota gantian kepada kumpulan UNIC sekiranya ada antara anggotanya yang tidak dapat menjayakan persembahan.
Pada tahun 2004, nama Fadzli telah diletakkan dalam senarai akhir barisan anggota kumpulan nasyid Devotees yang bakal muncul dengan album pertama pada tahun berikutnya, namun beliau menarik diri atas beberapa faktor. Beliau kemudiannya ditawarkn oleh Hijjaz Records untuk menyertai UNIC, menggantikan Wan Shah yang tidak dapat memberikan sepenuh komitmennya bersama kumpulan tersebut. Beliau telah membuat kemunculan pertamanya bersama UNIC dalam album Satu Tekad pada tahun 2005. Beliau merupakan seorang perunding motivasi dan dahulunya, beliau aktif berdakwah bersama-sama Mohd Fakhrul Radhi bin Kamarudin dan Bazli Hazwan bin Che Osman yang juga anggota kumpulan UNIC yang masih bertahan sehingga kini. Selain menyanyi dan berdakwah, beliau juga bekerja untuk stesen televisyen Islamik iaitu TV AlHijrah dan beliau juga merupakan seorang aktivis.
Pada tahun 2014, beliau telah mengumumkan pengundurannya dari UNIC atas faktor kerjaya dan komitmen secara rasmi pada 1 Januari 2015. Beliau telahpun mendirikan rumah tangga dengan Fatin Hanani yang berasal dari Johor dan kini dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Adam, Sofiyyah & Naeyla.[2]
Rujukan
- ^ 10 Tahun di Gelanggang Dakwah.
- ^ "Isteri Fadzli UNIC Selamat Lahirkan Bayi Perempuan". Munsyeed{Dot}Com. Dicapai pada 18 Disember 2012.
Pautan luar
- Biodata di UNTC Diarkibkan 2013-03-08 di Wayback Machine (Pautan mati)