Admiral of the Navy | |
---|---|
![]() Insignia Admiral of the Navy (1899–1917) | |
Negara | ![]() |
Cawangan khidmat | ![]() |
Kumpulan pangkat | Pegawai berbendera |
Formasi | 24 Mac 1903[1] (retroaktif ke 2 Mac 1899)[1] |
Digugurkan | 16 Januari 1917[1] |
Pangkat rendah sebelumnya | Admiral |
Pangkat setara | Fleet admiral |
Admiral of the Navy (Ketua Laksamana) merupakan pangkat tertinggi sekali dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, sebelum penciptaan pangkat Fleet Admiral pada tahun 1944. Pangkat ini dianggap sekurang-kurangnya setaraf dengan laksamana lima bintang,[2] dengan Laksamana George Dewey menjadi satu-satunya pegawai yang pernah dilantik ke pangkat tersebut.[3]
Sejarah

Sebagai menghargai kemenangannya dalam Pertempuran Teluk Manila pada tahun 1898, Kongres meluluskan seorang pegawai tunggal memegang pangkat Laksamana, dan menaikkan pangkat Dewey ke pangkat ini pada Mac 1899. Melalui Akta Kongress 24 Mac 1903, pangkat Dewey telah ditubuhkan sebagai Admiral of the Navy, berkuatkuasa secara retroaktif (unduran tarikh) ke Mac 1899.
Ia turut menyatakan bahawa pangkat ini lebih kanan daripada pangkat laksamana empat bintang dan setaraf dengan Laksamana Armada dalam Tentera Laut Diraja British. Pangkat ini luput dengan kematian Dewey pada 16 Januari 1917.
Pangkat Admiral of the Navy dilihat sebagai pangkat enam bintang semasa Perang Dunia II, dengan penubuhan pangkat lima bintang Laksamana Armada. Pada waktu inilah Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat menyatakan bahawa versi baru pangkat laksamana armada tahun 1944 berada dibawah pangkat Admiral of the Navy kepunyaan Dewey. Semasa persediaan untuk menjajah Jepun, satu cadangan telah dibuat oleh Jabatan Tentera Laut untuk melantik Chester Nimitz ke pangkat Admiral of the Navy, atau memberikannya suatu pangkat yang setaraf. Cadangan tersebut, bagaimanapun, telah digugurkan selepas penyerahan kalah Jepun.
Teks akta
Akta untuk mewujudkan gred Admiral of the Navy dibaca seperti berikut:[4]
Diperbuat oleh Senat dan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang bersidang dalam Kongres, bahawa Presiden dengan ini diberi kuasa untuk melantik, melalui pemilihan dan kenaikan pangkat, seorang Admiral of the Navy, yang tidak akan diletakkan dalam senarai persaraan kecuali atas permohonannya sendiri; dan apabila jawatan tersebut dikosongkan sama ada melalui kematian atau sebaliknya, maka jawatan tersebut akan terhenti wujud.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c "Biography: George Dewey (26 December 1837 - 16 January 1917)". Naval History and Heritage Command. Dicapai pada October 31, 2020.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:1
- ^ CHAP 378, "An act creating the office of Admiral of the Navy", United States Congress
Pautan luar
- "Search: Admiral of the Navy". Naval History and Heritage Command. US Navy Office of Information. 26 October 2010.