
Tun Adam Malik Batubara (22 Julai 1917 - 5 September 1984) ialah Naib Presiden Indonesia yang ke-3 (1978-1983). Beliau mengetuai Kementerian Luar Negeri Indonesia. Beliau diiktiraf sebagai Pahlawan Nasional Indonesia pada 6 November 1998.
Ketika Presiden Sukarno melancarkan perang ke atas Malaysia dengan cogan kata Ganyang Malaysia Adam Malik selaku Menteri Luar Indonesia berjaya menyelesaikan persengketaan antara serumpun dengan Perjanjian Damai Indonesia-Malaysia 1965 di Bangkok , Thailand.
Kehidupan awal
Adam Malik merupakan anak Abdul Malik Batubara dan Salamah Lubis.Ayah saudagar kaya di Pematangsiantar.Adam Malik anak ke-3 dari 10 adik-beradik. Beliau belajar di Hollandsch-Inlandsche School Pematangsiantar ; Sekolah Agama Madrasah Sumatera Thawalib Parabek di Bukittinggi. Kemudian Adam Malik merantau ke Jakarta. Pada usia 20an, dia bersama Soemanang, Sipahutar, Armin Pane, Abdul Hakim, dan Pandu Kartawiguna mengasaskan akhbar Antara.
Adam Malik mempunyai banyak saudara mara di Chemor, negeri Perak , Malaysia. Lantaran itu, ada rasa ikatan kekeluargaan yang cukup kuat sehingga berusaha keras mendamaikan antara Indonesia dan Malaysia. Adam Malik meninggal dunia pada 1984 di Bandung.
Politik
Tahun 1945-1946 beliau menjadi ahli Persatuan Perjuangan di Yogyakarta. Kmudian menjadi Ketua II Komite Nasional Indonesia Pusat (KNIP) dan ahli Badan Pekerja KNIP.Tahun 1946, Adam Malik mendirikan Partai Rakyat.Antara 1948-1956 dia menjadi Dewan Pimpinan Partai Murba. Pada 1956 dia terpilih sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR-RI) selepas pilihan raya Indonesia.
Selaku Duta Besar, beliau berlkunjung ke Soviet Union dan Poland. Pada tahun 1962, dia menjadi Ketua Delegasi Republik Indonesia ke Belanda mengenai wilayah Irian Barat di Washington D.C, Amerika Serikat dan berjaya .Pada September 1962 dia mendirikan pejabat Berita Antara. Pada tahun 1963, Adam Malik dilantik sebagai Menteri Perdagangan merangkap Timbalan Panglima Operasi ke-I Komando Tertinggi Operasi Ekonomi (KOTOE). Ketika itu Parti Komunis Indonesia, Adam Malik bersama Roeslan Abdulgani dan Jenderal Abdul Haris Nasution dianggap sebagai musuh PKI yang kontra-revolusi.
Tahun 1966, Adam disebut-sebut dalam trio baru Soeharto-Sultan-Malik .Dia keluar dari Partai Murba kerana Partai Murba menentang masuknya pelabur asing. Empat tahun kemudian, dia bergabung dengan Golkar. Pada tahun 1964, dia menjadi Ketua Delegasi untuk Komisi Perdagangan dan Pembangunan di PBB. Pada tahun 1966 menjadi Timbalan Perdana Menteri II (Waperdam II) sekaligus sebagai Menteri Luar Negeri Republik Indonesia di kabinet Dwikora II.
Kerjaya sebagai Menteri Luar bermula 1966. Pada tahun 1967. Pada tahun 1971, dia terpilih sebagai Ketua Majlis Umum PBB ke-26, orang Indonesia pertama dan satu-satunya sebagai Ketua SMU PBB. Ketika itu isu kemasukan RRC di PBB dibincangkan. Bersama Menteri Luar Negeri negara-negara ASEAN, Adam Malik memelopori terbentuknya ASEAN tahun 1967.
Sebagai seorang diplomat dan wartawan serta birokrat , Adam Malik sering mengatakan “semua bisa diatur”. Beliau mempunyai 1001 jawapan kepada semua soalan yang diajukan oleh wartawan. Tapi ungkapan “semua bisa di atur” dengan wang menjadi isu kritikan.
Meninggal Dunia
Adam Malik meninggal dunia di Bandung pada 5 September 1984 akibat kanser hati. Jenazahnya dikebumikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata. Isteri dan anak-anakmendirikan Muzium Adam Malik. Beliau pernah dianugerah Bintang Mahaputera kl. IV (1971) ; Bintang Adhi Perdana kl.II (1973) dan Pahlawan Nasional Indonesia (1998).
Lihat juga
Pautan luar
- (Indonesia) Laman web Tokoh Indonesia
- (Indonesia) Adam Malik, Menteri Luar Negeri Diarkibkan 2007-01-20 di Wayback Machine
Didahului oleh: Sri Sultan Hamengkubuwono IX |
Naib Presiden Indonesia 1978-1983 |
Digantikan oleh: Umar Wirahadikusumah |
Didahului oleh: Subandrio |
Menteri Luar Negeri Indonesia 1966 - 1978 |
Digantikan oleh: Mochtar Kusumaatmadja |
{{Military navigation |raw_name = Cold War figures |title = Tokoh Perang Dingin |style = wide |state = collapsed |below = Garis masa peristiwa · Portal · Kategori
|group1 = Amerika Syarikat |list1 = Harry S. Truman · George Marshall (Setiausaha Negara) · Joseph McCarthy (Senator Republikan) · Dwight D. Eisenhower · John F. Kennedy · Robert F. Kennedy · Lyndon B. Johnson · Richard Nixon · Henry Kissinger (Setiausaha Negara) · Gerald Ford · Jimmy Carter · Ronald Reagan · George H. W. Bush
|group2 = Kesatuan Soviet |list2 = Joseph Stalin · Nikita Khrushchev · Leonid Brezhnev · Yuri Andropov · Konstantin Chernenko · Mikhail Gorbachev · Boris Yeltsin · Andrei Gromyko (Menteri Luar Negeri) · Anatoly Dobrynin (Duta kepada A.S.)
|group3 = United Kingdom |list3 = Winston Churchill · Clement Attlee · Ernest Bevin (Menteri Luar Negeri) · Harold Macmillan · Harold Wilson · Margaret Thatcher
|group4 = Jerman Barat |list4 = Konrad Adenauer · Walter Hallstein · Willy Brandt · Helmut Schmidt · Helmut Kohl
|group5 = Republik Rakyat China |list5 = Mao Zedong · Zhou Enlai (Premier) · Hua Guofeng · Deng Xiaoping · Zhao Ziyang (Setiausaha Agung)
|group6 = Perancis |list6 = Charles de Gaulle · Alain Poher · Georges Pompidou · Valéry Giscard d'Estaing · François Mitterrand
|group7 = Itali |list7 = Alcide De Gasperi · Palmiro Togliatti · Giulio Andreotti · Aldo Moro · Enrico Berlinguer · Francesco Cossiga · Bettino Craxi
|group8 = Republik Rakyat Poland |list8 = Bolesław Bierut · Władysław Gomułka · Edward Gierek · Wojciech Jaruzelski · Paus Ioannes Paulus II · Lech Wałęsa
|group9 = Eropah Timur |list9 = Enver Hoxha (Albania) · Josip Broz Tito (Yugoslavia) · Imre Nagy (Hungary) · Nicolae Ceaușescu (Romania) · Alexander Dubček (Czechoslovakia) · Walter Ulbricht · Erich Honecker (Jerman Timur)
|group10 = Timur Jauh |list10 = Chiang Kai-shek · Chiang Ching-kuo (Republik China/Taiwan) · Syngman Rhee · Park Chung-hee (Korea Selatan) · Kim Il-sung (Korea Utara) · Hồ Chí Minh (Vietnam Utara) · Ngô Đình Diệm (Vietnam Selatan) · Pol Pot (Kemboja) · U Nu · Ne Win (Burma) · Indira Gandhi · Jawaharlal Nehru (India) · Sukarno · Suharto · Mohammad Hatta · Adam Malik (Indonesia) · Nur Misuari · Jose Maria Sison · Ferdinand Marcos · Imelda Marcos (Filipina)
|group11 = Kanada |list11 = William Lyon Mackenzie King · Louis St. Laurent · John Diefenbaker · Lester Pearson · Pierre Trudeau · Joe Clark · John Turner · Brian Mulroney · Kim Campbell
|group12 = Amerika Latin |list12 = Fulgencio Batista · Fidel Castro · Raúl Castro (Cuba) · Che Guevara (Argentina/Cuba) · Daniel Ortega (Nicaragua) · Salvador Allende · Augusto Pinochet (Chile) · João Goulart (Brazil)
|group13 = Timur Tengah |list13 = Mohammad Reza Pahlavi · Ayatollah Khomeini (Iran) · Saddam Hussein (Iraq) · Gamal Abdel Nasser · Anwar El Sadat (Mesir) · Muammar al-Gaddafi (Libya) · Menachem Begin (Israel)
|group14 = Afrika |list14 = Patrice Lumumba · Mobutu Sese Seko (Congo/Zaire) · Kwame Nkrumah (Ghana) · Idi Amin (Uganda) · Agostinho Neto · José Eduardo dos Santos · Jonas Savimbi (Angola) · Mengistu Haile Mariam (Ethiopia)
|group15 = Malaysia |list15 = Tunku Abdul Rahman · Mahathir Mohamad </noinclude>