Abd Rahim Yassin | |
---|---|
Yang Teramat Mulia Dato' Sedia Raja | |
![]() | |
Dato' Undang Luak Rembau | |
Tempoh | 22 Ogos 2024 - kini |
Pemasyhuran | 22 Ogos 2024 |
Didahului oleh | Muhamad Sharip Othman |
Keputeraan | Abd Rahim bin Yassin 14 Ogos 1941 Rembau |
Pasangan | Shaadah Md Shariff |
Anak | 7 |
Kerabat | Waris Jawa |
Agama | Islam |
Pekerjaan | Pesara guru |
Abd Rahim bin Yassin ialah pembesar tempatan di Negeri Sembilan, Malaysia yang kini menjadi Dato' Undang Luak Rembau ke-22. Sebelum menjadi Undang, beliau ialah Orang Besar Undang Yang Empat bergelar Datuk Shahbandar mulai Februari 1999.[1]
Latar belakang
Abd Rahim dilahirkan di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Beliau merupakan graduan bidang pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, dan pernah berkhidmat sebagai guru di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan selain menjadi ketua bidang dan ketua unit di peringkat Jabatan Pendidikan. Beliau pernah menjadi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rembau sebelum bersara pada Oktober 2014.[2]
Kepimpinan
Abd Rahim dipilih sebagai Dato' Undang Luak Rembau ke-22 dan berkhidmat sejak 22 Ogos 2024.
Proses pelantikan
Abd Rahim telah dimasyhurkan sebagai Undang Luak Rembau ke-22 dalam satu istiadat pemasyhuran di Balai Undang Luak Rembau pada 22 Ogos 2024.[2] Istiadat pemasyhuran dimulakan dengan istiadat menjemput Undang sebelum penyerahan keris pesaka kepadanya oleh Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin. Seramai enam calon akhir disenaraikan dan melalui proses temu duga bagi memastikan calon terbaik dipilih sebagai Undang Luak Rembau ke-22.
Pada 14 September 2024, istiadat pertabalan atau ‘kerjan’ pula berlangsung penuh istiadat di kediamannya di Taman Rembau Utama di Rembau. Majlis bermula dengan pengisytiharan Abd Rahim sebagai Undang diikuti dengan majlis menghadap sembah oleh semua Datuk-Datuk Lembaga, Orang Besar Undang dan buapak.[3]
Pada 4 Julai 2025, Dewan Keadilan dan Undang telah mencapai kata sepakat untuk menerima dan mengiktiraf pelantikan Abd Rahim sebagai penyandang Undang Rembau Ke-22. Sebuah majlis penyerahan pemakluman rasmi pelantikan Dato’ Undang Luak Rembau Ke-22 telah diadakan di Balai Seri Rama, Balai Undang Luak Rembau pada 7 Julai 2025.[4]
Baca lagi
Rujukan
- ^ "'Kerjan' Undang Luak Rembau baru berlangsung penuh istiadat". www.malaysiakini.com. Dicapai pada 2025-08-23.
- ^ a b HAMZAH, NOR AINNA (2024-08-22). "Pesara guru dimasyhur Undang Luak Rembau ke-22". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-08-23.
- ^ "'Kerjan' Undang Luak Rembau baharu berlangsung penuh istiadat". Astro Awani. 2024-09-14. Dicapai pada 2025-08-23.
- ^ "Abdul Rahim Sah Dilantik Undang Luak Rembau Ke-22" (PDF). Utusan. 8 Julai 2025.