| Aaradhana ஆராதனா | |
|---|---|
| Pengarah | Malathi Sivagami |
| Dibintangi |
|
Tarikh tayangan | 10 Julai 2025 |
Masa tayangan | 134 minit [1] |
| Negara | |
| Bahasa | Tamil |
Aaradhana ialah sebuah filem Thriller Adikodrati berbahasa Tamil tahun 2025 dari Malaysia. Filem ini diarahkan oleh Malathi Sivagami[2]. Ia menampilkan barisan pelakon tempatan termasuk Punitah Shanmugam, Auro Chakkaravarthy dan Shamini Shradha. Filem ini berlatar belakangkan sepasangan suami isteri Maya dan Pradeep yang terperangkap dalam misteri gelap selepas penemuan rangka manusia di sebuah kampung. Filem ini ditayangkan pada 10 Julai 2025 di pawagam-pawagam utama di Malaysia
Sinopsis
Dr. Maya yang sedang hamil menikmati kehidupan bahagia bersama suaminya, Pradeep, seorang penulis kreatif. Namun, hidup mereka berubah apabila mereka menemui rangka manusia di sebuah kampung terpencil. Selepas kejadian itu, Pradeep mula berubah seolah-olah dikawal oleh roh misteri dan terlibat dalam pembalasan dendam. Dalam masa yang sama, nyawa Maya berada dalam bahaya.
Barisan Pelakon
- Punitah Shanmugam sebagai Dr. Maya
- Auro Chakkaravarthy sebagai Pradeep
- Shamini Shradha
- Aghonderan Sahadevan
- Malathi Sivagami
- Srikumaran Munusany
- Bobby Sri Kalirajan
Tayangan
Filem ini akan ditayangkan bermula 10 Julai 2025 di seluruh Malaysia. Ia disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- ^ "Aaradhana". Cinema Online Malaysia. Cinema Online. Dicapai pada 9 Julai 2025.
- ^ "Malaysian Tamil movies set to dominate screens in the second half of the year". Varnam.my (dalam bahasa Inggeris). Varnam Digital. 22 April 2025. Dicapai pada 9 July 2025.








