Pemandangan depan kedai 99 Speedmart | |
| Nama dahulu | 99 Market |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Perniagaan, supermarket chain |
| Industri | Peruncitan: kedai runcit, kedai serbaneka, pasar mini |
| Ditubuhkan | 1987 di Klang, Selangor, Malaysia |
| Pengasas | Lee Thiam Wah (Pengarah Urusan) |
| Ibu pejabat | Taman Berkeley, Klang, Selangor, Malaysia |
| Bilangan lokasi | 2800+ (2025) |
| Kawasan perkhidmatan | Malaysia China |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
99 Speedmart (nama syarikat: 99 Speed Mart Retail Holdings Berhad) ialah rangkaian kedai serbaneka Malaysia, diasaskan pada Jun 20 1987 oleh Lee Thiam Wah di Klang, Selangor.[1] Selepas penjenamaan semula 99 Market kepada 99 Speedmart pada 2000, syarikat ini berkembang dengan kedai baru dibuka di Batu Belah, Klang. Sejak penubunannya, 99 Speedmart telah berkembang dari sebuah pasar mini tunggal kepada rangkaian pasar mini terbesar di Malaysia.

Sehingga 22 November 2020, 99 Speedmart mempunyai lebih dari 1,750 outlet. Majoriti ketara daripada mereka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dengan kehadirannya berkembang di Sabah dan Sarawak.[2][3]
Pada tahun 2025, 99 Speedmart mula mengembangkan perniagaannya ke luar negara. Cawangan luar negara yang pertama dibuka pada 31 Ogos 2025 di Fuzhou, China.[4]
Sejarah

Bermula pada 1987 dengan kedai runcit dikenali dengan nama Pasar Raya Hiap Hoe di Tepi Sungai, Klang, Selangor. Berkembang dengan pembukaan cawangan pertama Pasar Mini 99 di Klang Utama pada tahun 1992 dan terus berkembang dengan penambahan 8 buah cawangan di Klang sehingga tahun 1998.
99 Speedmart mula diperkenalkan mulai tahun 2000 sejajar dengan permulaan abad baru dengan pembukaan cawangan baru di Batu Belah, Klang.
Pada tahun 2006, 99 Speedmart telah menerima Anugerah Pilihan Pengguna dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Malaysia. Pencapaian ini adalah bukti kepada slogan 99 Speedmart iaitu Near n' Save.[5]
Rujukan
- ^ Emily K (20 September 2017). "Speeding into its 30th year". The Star Online. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
- ^ "99 Speedmart". www.99speedmart.com.my.
- ^ Makhijani, Akansha (5 July 2019). "The Man Behind 99 Speedmart - Good News %".
- ^ "99 Speed Mart confirms first overseas store opening in China". The Edge Malaysia. 2025-09-02. Dicapai pada 2025-10-21.
- ^ "99 Speedmart". old.99speedmart.com.my. Dicapai pada 2025-10-21.









