7 World Trade Center | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Pejabat |
Lokasi | 250 Greenwich Street Bandaraya New York, New York, Amerika Syarikat |
Negara | Amerika Syarikat |
Koordinat | 40°42′48″N 74°00′43″W / 40.7133°N 74.0120°WKoordinat: 40°42′48″N 74°00′43″W / 40.7133°N 74.0120°W |
Pembinaan bermula | 2002 |
Disiapkan pada | 2006 |
Pembukaan | 23 Mei 2006 |
Dirasmikan pada | 23 Mei 2006 |
Pemilik | Silverstein Properties (en) |
Maklumat ketinggian | |
Tinggi | 225 m |
Bumbung | 741 ka (226 m) |
Butiran teknikal | |
Bahan | Konkrit, keluli, kaca |
Bilangan tingkat | 52 |
Keluasan tingkat | 1.7 juta batu persegi 158,000 m² |
Lif/mesin pengangkat | 29 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | David Childs (SOM) |
Pemaju | Silverstein Properties |
Jurutera penstrukturan | WSP Cantor Seinuk |
Kontraktor utama | Larry Silverstein (en) |
Tapak web | |
http://www.wtc.com/about/office-tower-7 | |
sunting · sunting di Wikidata |
7 World Trade Center ialah sebuah bangunan yang terletak di seberang jalan dari tapak World Trade Center di Lower Manhattan, Bandar Raya New York. Ia merupakan bangunan kedua yang membawa nama dan alamat itu di lokasi itu. Bangunan yang asal disiapkan pada tahun 1987, tetapi dimusnahkan dalam serangan pengganas. Bangunan 7 World Trade Center yang kini pula dibuka pada tahun 2006 di atas tapak 7 World Trade Center yang lama. Kedua-dua bangunan dimajukan oleh Larry Silverstein yang memegang pajakan tanah untuk tapak itu dari Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey.
7 World Trade Center yang asal tingginya 47 tingkat, dilitupi seni pertukangan baru yang merah, dan menduduki sebuah tapak berbentuk trapezoid. Sebatang jejantas menghubungkan bangunan ini dengan plaza World Trade Center. Bangunan ini terletak di atas sebuah substesen janakuasa Consolidated Edison (Con Ed) yang mendatangkan kekangan reka bentuk struktur yang unik. Apabila bangunan itu dibuka pada tahun 1987, Silverstein berdepan dengan kesusahan menarik penyewa. Pada tahun 1988, Salomon Brothers menandatangani pajakan jangka panjang lalu menjadi penyewa utama bangunan ini. Pada 11 September 2001, 7 WTC dirosakkan oleh serpihan-serpihan yang jatuh daripada WTC yang runtuh. Serpihan-serpihan itu juga mencetuskan api yang terus membara sepanjang petang di aras-aras bawah bangunan. Sistem pemadam api dalam bangunan kekurangan tekanan air untuk membasmi api itu, maka bangunan itu runtuh sepenuhnya pada 5:21:10 petang.[1] Keruntuhan itu bermula apabila sebatang tiang genting di tingkat ke-13 menjadi bengkok dan mencetuskan kegagalan struktur di seluruh bangunan, yang mula-mula kelihatan dari luar dengan keruntuhan emper mekanikal timur pada 5:20:33 petang.
Pembinaan 7 World Trade Center yang baru bermula pada tahun 2002, dan disiapkan pada tahun 2006. Tingginya 52 aras dan ia masih terletak di atas substesen janakuasa Con Ed. Dibina atas tapak yang lebih kecil daripada yang asal untuk membolehkan pemulihan Greenwich Street dari TriBeCa melalui tapak World Trade Center dan selatan ke Battery Park, bangunan baru ini dikelilingi oleh jalan-jalan Greenwich, Vesey, Washington, dan Barclay. Sebuah taman kecil di seberang Greenwich Street menduduki suatu ruang yang pernah merupakan sebahagian tapak bangunan yang asal. Reka bina 7 World Trade Center yang sekarang menekankan keselamatan, dengan teras konkrit bertetualang, ruang tangga yang lebih luas, dan pengalisapian tiang keluli yang lebih tebal. Ia juga menerapkan pelbagai ciri-ciri mesra alam. Bangunan ini merupakan bangunan pejabat komersil pertama di Bandar Raya New York yang menerima sijil "kadaran emas" Leadership in Energy and Environmental Design (LEED, "Kepimpinan dalam Rekabentuk Tenaga dan Alam Sekitar") oleh Majlis Bangunan Hijau AS. Bangunan ini merupakan salah satu projek pertama yang diterima dalam program rintis Leadership in Energy and Environmental Design – Core and Shell Development (LEED-CS, "Pembangunan Teras dan Kerangka").[2]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Gilsanz, Ramon, Edward M. DePaola, Christopher Marrion, and Harold "Bud" Nelson (2002). "WTC7 (Chapter 5)". World Trade Center Building Performance Study (PDF). FEMA. Dicapai pada February 17, 2008. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ "About the WTC". Wtc.com. Dicapai pada 14 Mei 2011.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan 7 World Trade Center |