World Baseball Classic 2023 ialah kejohanan besbol profesional antarabangsa serta penganjuran kelima Klasik Besbol Dunia (World Baseball Classic, WBC). Ia bermula pada 8 Mac 2023 dan berlangsung sehingga 21 Mac.
Ia pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 2021, empat tahun selepas acara sebelumnya, tetapi dibatalkan pada Mei 2020 akibat pandemik COVID-19.[1] Ia kemudiannya diumumkan bahawa kelayakan untuk Klasik akan bermula pada September 2022, seperti yang dipersetujui oleh Major League Baseball (MLB) dan Persatuan Pemain MLB (MLBPA).[2] Kejohanan itu berkembang daripada 16 kepada 20 pasukan kebangsaan, dengan semua pasukan yang mengambil bahagian dalam edisi 2017 layak secara automatik, ditambah empat tempat tambahan.[3] Tidak seperti pada edisi 2009, 2013 dan 2017, barisan AS menarik beberapa pemain ternama dan menarik banyak gembar-gembur bagi kejohanan itu.[4]
Jepun memenangi kejuaraan ketiga selepas menewaskan juara bertahan, Amerika Syarikat 3–2 dalam perlawanan kejuaraan, meluaskan lagi rekod kemenangan mereka serta menjadi pasukan kedua sejak Republik Dominika dalam kejohanan 2013 yang memenangi WBC dengan rekod tanpa kalah. Shohei Ohtani dinobatkan sebagai pemain terbaik Klasik Besbol Dunia.[5]
Pada Januari 2020, WBC mengumumkan bahawa terdapat 16 buah pasukan kebangsaan yang telah menyertai World Baseball Classic 2017 secara automatiknya layak untuk menyertai kejohanan tahun 2023.
Satu kejohanan kelayakan dijadualkan berlangsung pada Mac 2020 di Tucson, Arizona, Amerika Syarikat untuk menentukan empat pasukan terakhir yang layak. Sebanyak 12 buah pasukan telah dibahagikan kepada dua kumpulan, dan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak. Namun, pada 12 Mac 2020, pihak Major League Baseball mengumumkan bahawa kejohanan kelayakan tersebut ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Kejohanan kelayakan akhirnya dijalankan semula pada 16 hingga 21 September 2022 bagi kelayakan Afrika/Eropah, dan 30 September hingga 5 Oktober 2022 bagi kelayakan Amerika/Asia/Oceania.
Republik Czech, Great Britain dan Nicaragua membuat penampilan pertama mereka dalam World Baseball Classic, manakala Panama kembali menyertai selepas tidak layak dalam dua edisi sebelum ini. Kejohanan ini ialah kali ketiga berturut-turut bagi pasukan Afrika Selatan sebagai satu-satunya pasukan dari Afrika yang gagal layak ke World Baseball Classic, dan kali kedua berturut-turut bagi Brazil dan Sepanyol yang gagal melayakkan diri. Dengan kelayakan Panama yang pertama sejak 2009, Afrika Selatan kini mencatatkan tempoh ketiadaan penampilan terpanjang dalam WBC selama 14 tahun, sejak kali terakhir mereka layak pada tahun 2009.
Undian kumpulan diumumkan oleh World Baseball Classic Inc. (WBCI) pada 7 Julai 2022. Penganjur memberi keutamaan untuk menempatkan empat buah negara yang mara ke separuh akhir World Baseball Classic 2017 (Jepun, Belanda, Puerto Rico dan Amerika Syarikat) serta tiga tuan rumah (Jepun, Amerika Syarikat dan Taiwan) ke dalam kumpulan yang berasingan. Penempatan pasukan-pasukan lain dalam kumpulan dibuat berdasarkan Kedudukan Dunia WBSC, keseimbangan persaingan, serta kepentingan komersial dan geografi.
Nota: Nombor dalam tanda kurungan menunjukkan kedudukan dalam Kedudukan Dunia WBSC pada masa undian dibuat.[7]
Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Eastern Asia" tidak wujud.
Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke pusingan kalah mati. Perlawanan-perlawanan ini berlangsung dari 15 hingga 21 Mac 2023. Tokyo menjadi tuan rumah bagi dua perlawanan suku akhir, manakala dua perlawanan suku akhir yang lain, separuh akhir, dan perlawanan akhir diadakan di Miami.