Milenium: | Milenium ke-2 SM • Milenium ke-1 SM • Milenium ke-1 |
Abad: | Abad ke-14 SM • Abad ke-13 SM • Abad ke-12 SM |
Dekad | 1310-an SM • 1300-an SM • 1290-an SM • 1280-an SM 1270-an SM • 1260-an SM • 1250-an SM |
Dekad 1280-an SM merupakan tahun-tahun dari 1289 SM hingga 1280 SM.
Peristiwa dan arah aliran
- 1285 SM - Perang Kadesh: Ramesses II, firaun Mesir hampir ditewaskan oleh Muwatallis dari Hittite.
- k.k. 1285 SM - Gambar "Pengadilan di Hadapan Osiris" (Dinasti Kesembilan Belas), ilustrasi daripada Buku tentang Orang Mati (Book of the Dead) dilukis, dan kini berada di Muzium British, London.
- 1282 SM - Pandion II, raja legenda Athens, mangkat selepas pemerintahan dengan nama sahaja selama 25 tahun. Baginda dilaporkan hanya memerintah di Megara, sedangkan Athens dan kawasan-kawasan lain di Attica adalah di bawah penguasaan perikatan bangsawan yang diketua oleh bapa saudaranya, Metion (anak lelaki Erechtheus dari Athens) dan putera-puteranya (termasuk Daedalus, mengikut sesetengah pemerian). Keempat-empat puteranya mengetuai satu kempen ketenteraan yang berjaya mengembalikan takhta. Aegeus menjadi raja Athens, Nisos memerintah di Megara, Lykos di Euboea, dan Pallas di Attica selatan.
- k.k. 1280 SM – Kitab Torah dipercayai siap ditulis pada sekitar tahun ini.